Aduan adalah aplikasi IOS yang ditawarkan kepada seluruh penduduk di Malaysia bagi memudahkan mereka untuk membuat pengaduan awam sebagai contoh kerosakan awam, jalan raya dan sebagainya terus kepada majlis pihak berkuasa tempatan masing-masing.
Aplikasi ini ialah lanjutan kepada web utama pengaduan awam yang boleh dilayari di http://www.aduan.my. Dengan menggunakan aplikasi ini, pengguna tidak lagi perlu melayari web tersebut malah boleh membuat aduan awam di mana sahaja termasuk di lokasi kejadian.
Aplikasi Aduan juga menawarkan pengguna untuk membuat aduan dengan lokasi yang tepat beserta dengan gambar sebagai rujukan pihak majlis pihak berkuasa tempatan.
Sebagai menyokong usaha memperkasakan bahasa kebangsaan, aplikasi Aduan disediakan di dalam Bahasa Malaysia.